PROGRAM MOTIVASI & PEMBANGUNAN STAFF MATM 2016
Program Pembangunan staf merupakan salah satu aspek penting di dalam pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi terutamanya institusi pendidikan. Guru-guru merupakan sumber paling utama dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Perkembangan staf merupakan suatu proses pertumbuhan secara profesional dan berterusan sejajar dengan pekembangan semasa di dalam dunia pendidikan kini yang menuntut suatu paradigma yang hebat daripada pihak guru untuk terus mengekalkan tahap profesionalisma keguruan di mata masyarakat. Menyedari hal ini , Maahad Ahmadi Tanah Merah , anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah telah mengadakan Program Motivasi dan Pembangunan Staff kepada semua guru dan kakitangan pada 1 April 2016 hingga 2 April 2016 bertempat di Tok Aman Bali Beach Resort.