nff

Wednesday, December 13, 2017

Pelajar Cemerlang PT3 2017

Seramai 9 orang  pelajar Maahad Ahmadi mencapai keputusan cemerlang 9A hingga 11A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Tiga orang pelajar menerima keputusan 11A, seorang pelajar menerima 10A,lima pelajar 9A dalam peperiksaan itu.

“Tahniah pelajar #PT3 2017 yang dapat keputusan cemerlang hari ini, terima kasih guru-guru dan ibu bapa yang mendidik".

7

Penyampaian Sijil PT3 dan Majlis Penutup Program 2017

Majlis penutup program Pasca PT3 , Penyampaian Sijil PT3 dan Majlis penutup kelas intensif B.Arab,Al Quran dan Jawi telah diadakan secara serentak pada 14.12.2017 bertempat di Dewan DSV.

Majlis Khatam Quran Muslimat MATM

Saturday, December 9, 2017

Jamuan Akhir Tahun Guru MATM 2017

Kelab Guru dan staff MATM telah mengadakan jamuan akhir tahun 2017 bertempat di Restoran Tepi Sungai

Ujian Kelayakan ke Tingkatan 1 2018

Pada 10 .12.2017 Seramai 324 pelajar telah menduduki ujian bertulis dan lisan  untuk menyambung pelajaran ke tingkatan satu di Maahad Ahmadi Tanah Merah.

Sunday, September 10, 2017

MAJLIS PERSARAAN USTAZ MOHSIN HAMID

Pada hari Isnin, 11 Sept 2017 ,MATM telah mengadakan Majlis Persaraan Ustaz Mohsin Hamid .
Majlis telah diadakan di Dewan DSV. Jasa beliau  sebagai guru selama ini tidak harus dilupakan.Semoga sumbangan dan jasa beliau diberkati dan diredhai Illahi.

Monday, July 31, 2017

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR

Unit HEM MATM  telah menganjurkan  Program Motivasi Pelajar pada 1.8.2017 , bertempat di Dewan DSV. Penceramah jemputan iaitu  Ahmad Faiz,  pelajar cemerlang STAM Al-Rahmah Kenali 2016.

Program ini bertujuan unutk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang  kepentingan menuntut ilmu dan pendedahan teknik belajar dengan betul.

Program ini dihadiri oleh hampir kesemua pelajar tingkatan 4,5 dan 6.

Wednesday, July 5, 2017

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2017

Majlis ini telah diadakan pada 06 Julai 2017,berlangsung di Dewan DSV .  Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga MATM. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana berbanding majlis yang sama pada tahun sebelumnya, kemeriahannya tetap terasa dan objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah.


Wednesday, June 14, 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA 2017

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Kelab Staf MATM  telah diadakan pada 14 JUN 2017 bertempat di Dewan DSV.

Saturday, June 10, 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 23

Pada Isnin, 15 Mei  2017 yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG ke-23 yang telah dirasmikan oleh Yb.Dato Haji Abdul Fattah bin Hj.Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan ,Perumahan,Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

MAJLIS PESKO 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2017

 

Kelab Staf MATM 2017 telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 25 Mei 2017.

Majlis bermula  pada pukul 8.00 pagi dan berakhir  pada jam 1.30 ptg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...