nff

Wednesday, February 7, 2018

Ceramah AADK


Ceramah Kesedaran Antidadah berkaitan ‘Bahaya Dadah dan Kesannya’ telah diadakan pada 8.2.2018, bertempat di Dewa DSV.
Penyampaian maklumat oleh Pegawai AADK Daerah Tanah Merah. 

Program Kesedaran Antidadah ini juga turut diselitkan dengan soalan kuiz antidadah bagi memberikan pemahaman serta menerapkan konsep dua hala melalui pertanyaan dari pegawai dan jawapan oleh pelajar

Pameran Antidadah juga turut dipamerkan kepada  pelajar   bermula pada jam 08.30 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi


Tuesday, February 6, 2018

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Soft Kepimpinan Pelajar & Pelancaran Minggu Disiplin 2018

Unit HEM Maahad Ahmadi  telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Soff Kepimpinan Pelajar dan Pelancaran Minggu Disiplin pada 7 Feb 2018 , bertempat di Dewan Dato Sri Vida.
Majlis ini di rasmikan oleh  YDH.DSP.Suzaimi B Muhammad, Ketua Polis Daerah Tanah Merah.

Aktiviti Kelab dan Persatuan MATM 2018

Saturday, February 3, 2018

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar MATM Sesi 2017, telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Jan 2018.

KEPUTUSAN STAM 2017

Mumtaz             : 3
Jayyid jiddan    :12
Jayyid                :48
Maqbul              :14
Rasib                  :49

Lulus  : 77
%         : 61.1

Tahniah diucapkan kepada semua  tenaga pengajar STAM 2017 kerana telah berjaya menghasilkan produktiviti yang berkualiti. Diharapkan kecemerlangan ini dapat  dikekalkan dan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Saturday, January 13, 2018

KEM SOLAT 2018

Pada 13.1 2018, Maahad Ahmadi Tanah Merah telah  mengadakan Program Kem  Solat kepada pelajar tingkatan satu sebagai inisiatif mengajar pelajar solat dengan cara yang betul berdasarkan rukun dan syarat ditetapkan.

Thursday, January 11, 2018

GOTONG ROYONG PERDANA 2018

Pada 11.1.2018  pihak sekolah  telah menganjurkan aktiviti Gotong Royong Perdana Sekolah untuk tahun 2018. Program ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar  tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

Semoga program seperti ini akan berterusan demi melahirkan kawasan sekolah yang bersih dan pelajar yang cemerlang.

Saturday, January 6, 2018

Keputusan Peperiksaan SMU 2017

Maahad Ahmadi Tanah Merah  mencapai keputusan 100% dalam peperiksaan SMU 2017. Seramai 46 pelajar mendapat pangkat Mumtaz, 60 orang Jayyid Jiddan, 43 orang Jayyid  dan 10 orang Maqbul.

Tahniah kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SMU 2017.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...