nff

Wednesday, July 20, 2016




PERTANDINGAN  BLOG 2016                                                                

Maahad  Ahmadi Tanah   Merah telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan blog 2016  pada hari Selasa  , 19/7/2016.
Pertandingan ini melibatkan 6 buah sekolah  kumpulan A zon 3 iaitu:

Maahad Muhammadi Gua Musang
Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
Maahad Rahmaniah Kuala Krai
Maahad Ahmadi Tanah Merah
Maahad Al Sabirin 
Maahad Al Raudzah Al Nazirin




LAWATAN KERJA  YM PENGARAH YIK


Pada 20 Julai 2016, Maahad Ahmadi Tanah Merah telah dilawati oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan. Lawatan Kerja ini di ketuai oleh YM Tuan pengarah beserta ahli rombongan seramai 15 orang. Ahli rombongan telah dipersembahkan dengan pertunjukan silat, nasyid dan dikir barat yang berlangsung  di Dewan Terbuka Dato' Seri Vida.

Seterusnya YM  Pengarah dan rombongan dibawa masuk ke Dewan untuk mendengar taklimat mengenai Perancangan Aktiviti Tahunan Sekolah yang dibentangkan oleh Tuan Mudir. Hasil kerja sama  guru-guru dan pelajar, Majlis berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang.



PROGRAM PENUTUP BULAN DAKWAH 2016


Hari ini berlangsungnya program penutup bulan dakwah, pembahagian duit zakat dan duit raya di Dewan DS Vida. Program ini dihadiri oleh Pengerusi PAKAT En Hanuzi Zahari yg mewakili penaung PAKAT DS Supardi telah menyumbang zakat dan duit raya kepada pelajar di sekolah ini.
 Terima kasih kepada para penyumbang zakat serta mereka yang terlibat dalam program ini.




MAJLIS SAMBUTAN EIDUL FITRI 



MAAHAD AHMADI TANAH MERAH 2016/1437   bersamaan  9syawal1437‬

Sambutan Hari Raya peringkat sekolah diadakan hari ni 14/7/16. Sangat meriah. Terima kasih kepada semua yang terlibat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...