nff

Tuesday, April 5, 2016

 PROGRAM MOTIVASI &  PEMBANGUNAN STAFF MATM 2016


Program Pembangunan  staf merupakan salah satu aspek penting di dalam pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi terutamanya institusi pendidikan. Guru-guru merupakan sumber paling utama dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Perkembangan staf merupakan suatu proses pertumbuhan secara profesional dan berterusan sejajar dengan pekembangan semasa di dalam dunia pendidikan kini yang menuntut suatu paradigma yang hebat daripada pihak guru untuk terus mengekalkan tahap profesionalisma keguruan di mata masyarakat. Menyedari hal ini , Maahad Ahmadi Tanah Merah , anjuran Badan Kebajikan  Guru dan Kakitangan Sekolah telah mengadakan Program Motivasi dan Pembangunan Staff  kepada semua guru dan kakitangan pada 1 April 2016 hingga 2 April 2016 bertempat di Tok Aman Bali Beach Resort.



Majlis Perpisahan Guru

MATM telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan mantan murabbi yang berpindah pada tahun ini. Mereka ialah:
  1. En.Alias b.Ab.Rahman
  2. Puan Hasnah bt Mat Dahan 
  3. Puan Roslinda bt Mat Zain

Saturday, August 1, 2015

HARI KELUARGA 2015

Hari keluarga Maahad Ahmadi telah diadakan pada 31 Julai sehingga 1 Ogos 2015 di Tok Aman Bali Beach Resort. Program berjalan lancar seperti yang di rancangkan. Check in pada pukul 2 di ikuti dengan acara bebas . Pada malam di adakan makan malam serta persembahan kanak-kanak sehingga pukul 11 malam. Keesokan hari, diadakan acara sukan dan diakhiri dengan pembahagian hadiah. Check out time pukul 12 tengahari.

Monday, March 23, 2015

Pelajar Terbaik SPM 2014


Pelajar Terbaik SPM 2014
Che Salmi bt Che Bahrun memperoleh 10A 1B (9A+). 
Mohd Syazwan bin Husin, antara pelajar yg mendapat 9A 1B (7A+) SPM 2014


PELAJAR TERBAIK SPM 2014
1. Che Salmi bt Che Bahrun 10A
2. Mohd Syazwan b Husin 9A
3. Mohd Mursyidul Amin 9A
4. Putri Alia 8A
5. Nur Aisyah Md Saufi 7A
# Gambar: Nur Aisyah (kanan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...