Pada 13.1 2018, Maahad Ahmadi Tanah Merah telah mengadakan Program Kem Solat kepada pelajar tingkatan satu sebagai inisiatif mengajar pelajar solat dengan cara yang betul berdasarkan rukun dan syarat ditetapkan.
Saturday, January 13, 2018
Thursday, January 11, 2018
GOTONG ROYONG PERDANA 2018
Pada 11.1.2018 pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti Gotong Royong Perdana Sekolah untuk tahun 2018. Program ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
Semoga program seperti ini akan berterusan demi melahirkan kawasan sekolah yang bersih dan pelajar yang cemerlang.
Saturday, January 6, 2018
Keputusan Peperiksaan SMU 2017
Maahad Ahmadi Tanah Merah mencapai keputusan 100% dalam peperiksaan SMU 2017. Seramai 46 pelajar mendapat pangkat Mumtaz, 60 orang Jayyid Jiddan, 43 orang Jayyid dan 10 orang Maqbul.
Tahniah kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SMU 2017.
Wednesday, December 13, 2017
Pelajar Cemerlang PT3 2017
Seramai 9 orang pelajar Maahad Ahmadi mencapai keputusan cemerlang 9A hingga 11A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Tiga orang pelajar menerima keputusan 11A, seorang pelajar menerima 10A,lima pelajar 9A dalam peperiksaan itu.
“Tahniah pelajar #PT3 2017 yang dapat keputusan cemerlang hari ini, terima kasih guru-guru dan ibu bapa yang mendidik".
